KL FM

Loading...

KL FM ialah sebuah stesen radio bandaraya Bahasa Melayu tertua di Kuala Lumpur untuk masyarakat Kuala Lumpur dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia di Kuala Lumpur. Ini juga merupakan radio bandaraya pertama Bahasa Melayu di Kuala Lumpur.

SEJARAH KL FM

Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur telah diberi status bandar dan Tan Sri Dato' Lokman Yusof menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama. Pada 5 November 1973 jam 6:30 pagi, KL FM bermula sebagai Radio Malaysia Ibu Kota majlis pelancaran secara rasmi memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke-3, Yaakob Latiff memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Hiburan Pagi. Ia adalah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta corak kehidupan dan pekerjaan. Radio Malaysia Ibu Kota beroperasi setiap hari mulanya menerusi gelombang sederhana 800 KHz dalam dua sesi iaitu jam 6:30 pagi sehingga 9:00 pagi dan 4:00 petang sehingga 7:00 malam. Waktu siaran ketika itu seolah-olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalu lintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 pagi dan 1:00 tengah hari sehingga 7:00 malam dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. Radio Malaysia Ibu Kota mula ke udara sehingga penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur dan siaran dari Kuala Lumpur. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sahaja dan bersiaran di Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan yang dinamakan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebelum ini ia merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.