TAWAU FM
Tawau FM merupakan salah satu stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Slogannya ialah Pilihan Anda.
SEJARAH TAWAU FM
Sejarah siaran radio di Tawau bermula pada 15 Februari 1964 apabila siapnya pembinaan stesen pemancar radio di Tawau berikutan perkembangan siaran radio di Sabah yang bermula pada tahun 1939. Pada masa tersebut fungsi stesen pemancar radio di Tawau hanya sebagai medium siaran rancangan-rancangan radio yang disiarkan dari Kota Kinabalu. Selaras dengan perkembangan pesat radio serta permintaan masyarakat setempat, pada 31 Ogos 1987 stesen pemancar radio Tawau mempunyai siarannya sendiri dan bermula dari saat itu berkumandanglah siaran Radio Malaysia Tawau menerusi Gelombang Sederhana (MW) 747 Kilohertz. Memandangkan siaran menerusi MW 747 KHz hanya dapat diikuti di beberapa kawasan sahaja dan kemunculan siaran FM Stereo yang lebih jelas, maka pada 26 Ogos 2003 siaran Tawau FM telah dinaik taraf kepada FM Stereo menerusi frekuensi 100.1 Megahertz dengan kekuatan 1 Kilo Watt yang dapat didengar di seluruh Tawau termasuk Semporna, Kunak, Lahad Datu, dan sebahagian kawasan di negara jiran.