DIDIK TV
DidikTV KPM ialah sebuah stesen televisyen pendidikan yang dimiliki Media Prima Berhad. DidikTV KPM menyiarkan pelbagai jenis rancangan yang bersesuaian dengan aspirasi masyarakat Malaysia, khususnya golongan pendidik, para pelajar, dan orang awam secara keseluruhannya. DidikTV KPM mempunyai pelbagai rancangan berbentuk variasi umum, dokumentari, program kuiz, drama komedi, pengetahuan umum, dan program kanak-kanak. Walau bagaimanapun, rancangan berbentuk pembelajaran & pengajaran berasaskan sekolah masih diteruskan.
DIDIK TV ONLINE
DidikTV KPM secara keseluruhan hanya menyiarkan pelbagai jenis rancangan yang bersesuaian seperti rancangan berbentuk variasi umum, dokumentari tempatan, rancangan permainan, program kuiz, program kanak-kanak, drama komedi, dan banyak lagi rancangan yang menarik.