8TV

Loading...

8TV merupakan sebuah stesen televisyen swasta terestrial nasional di Malaysia. Ia dilancarkan pada 8 Januari 2004. 8TV ialah milik Media Prima dan merupakan "adik" kepada TV3 dan untuk tidak menjejaskan penonton-penonton TV3, 8TV menyiarkan rancangan-rancangan untuk kumpulan fokus pelanggan yang berbeza iaitu lebih kepada remaja, kanak-kanak, muzik dan juga rancangan Bahasa Cina. 8TV mula bersiaran 24 jam sehari pada 4 Mei 2021.

8TV MALAYSIA ONLINE

8TV disasarkan kepada golongan muda dengan konsep "satu stesen, dua saluran", yang mana sesi pertama penyiaran merupakan saluran bahasa Cina, manakala sesi keduanya merupakan slot program yang kebanyakannya berbahasa Inggeris. Satu lagi bahagian ketiga penyiaran menampilkan permainan SMS interaktif, serta video muzik dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.

Slogannya, "We're different," melambangkan misi 8TV untuk menawarkan kepelbagaian siri dan filem popular yang bertumpukan muda-mudi, penduduk bandar dan bangsa Cina sebagai penonton sasaran.